Thursday, November 3, 2011

Amalan Tolong-Menolong



Amalan tolong-menolong antara satu sama lain amat penting terutamanya dalam proses pembentukkan budaya masyarakat Malaysia yang penyayang. Berdasarkan gambar di atas, kita dapat merasakan bahawa satu ikatan yang utuh apabila kita bergandingan tangan dalam menghadapi cabaran dan menempuh masa depan.

Budaya tolong-menolong perlu diteruskan tidak kira di mana kita berada sama ada di suatu kawasan perumahan , kampung, sekolah, tempat kerja dan di mana jua.. tanpa tolong-menolong antara satu sama lain, segala perkara akan sukar dilakukan.

Pernahkah anda memberi pertolongan kepada rakan-rakan??..

Jika pernah, teruskan..kepada yang belum, jangan lupa amalkan. :D

Tetapi, kadang-kadang kita sukar memberi pertolongan kepada orang lain dek kerana takut orang lain tidak akan memberi kita pertolongan kelak. Boleh dikatakan, pertolongan kita itu tidak ikhlas..


Sumber : nadidhatikering.blogspot.com

Apabila kita menolong seseorang, kita perlulah ikhlas untuk menolong tanpa berharap akan balasan yang diterima kerana kita perlu ingat bahawa walau sekejam mana pun seseorang itu, ia tetap manusia sama seperti kita. Tidak perlulah kita hendak menilai dan menghakimi seseorang, apa yang penting niat dalam hati untuk menolong, jadi kita tolong.



Sebagai rakyat Malaysia kaya dengan adat dan tradisi, kita mestilah terus memberikan sifat-sifat murni kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, budaya, warna kulit, bahasa dan personaliti seseorang.

Ingatlah, orang yang memberi lebih berkat daripada orang yang menerima.

Akhir kata, Amalkan Sifat yang baik, Kita pasti akan mendapat sesuatu yang baik!.

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Persendirian Ricky Hyn Dae