Saturday, November 5, 2011

Antara Keluarga, Cinta dan Wang ( Bahagian 2 )

Memasuki Zon "CINTA". Zon ini merupakan zon yang penuh dengan suka duka dalam kehidupan kita. Ada dalam kalangan kita yang memasuki zon ini lebih awal daripada rakan-rakan yang lain. Zon ini memerlukan pengorbanan yang besar bagi setiap insan yang bercinta. Bercakap melalui Drama, kisah benar, dan pengakuan orang sekeliling hyndae, hyndae dapat rasakan kesusahan dan kepayahan mempertahankan cinta yang harus dibina dengan rantaian perasaan percaya, sayang, kasih, suka dan duka. Memang hyndae belum pernah bercinta, namun melalui pengalaman mereka, hyndae dapat rasakan ertinya cinta itu.

Demi cinta, segalanya perlu dikorbankan. berkorban masa, berkorban wang, berkorban keluarga, berkorban tenaga, berkorban apa saja. Boleh dikatakan dunia milik pasangan itu sahaja. Kerana cinta, ada yang sanggup meninggalkan keluaga. Kerana cinta ada yang meninggalkan rakan-rakan. Kerana cinta ada yang sanggup berhabis wang ringgit. Namun, tidak kurang juga ada ibubapa yang memaksa anak-anak mereka berkahwin kerana wang dan bukannya kerana cinta. Anak menjadi pertaruhan ibubapa untuk mendapatkan kekayaan duniawi yang sementara ini. Selepas beberapa tahun, ada pasangan yang bercerai. Hai ini berlaku disebabkan Cinta yang tidak cukup kuat untuk mengukuhkan Mahligai yang ingin dibina. Seperti mana sebuah bangunan yang ingin dibina. Bangunan ini memerlukan sokongan bahan-bahan yang mencukupi untuk mengukuhkan binaan tersebut. Tanpa bahan yang mencukupi, pasti ketrguhan bangunan tersebut akan tidak bertahan lama.

Tidak salah kita berkorban demi cinta namun biarlah pengorbanan itu benar-benar ikhlas dan lahir dari dalam diri individu itu sendiri. Jangan pula, setelah berkorban bertahun-tahun demi cinta. Namun akhirnya musnah dan punah segala yang terbina selama ini. Mungkin pada masa itu akan wujud perasaan menyesal dalam diri si pencinta. Pasti dialog ini akan muncul dalam jiwa mereka "menyesal aku mengenali dirinya" atau "lebih baik aku korbankan diriku untuk sesuatu yang lebih berharga".. Seperti biasa penyesalan tidak pernah hadir awal,. penyesalan akan hadir di penghujung dan di saat kita berasa menyesal serta tersedar daripada kebodohan diri selama ini. Pada saat inilah, keluarga dan rakan-rakan akan mula dihampiri dan menginginkan perhatian daripada mereka. Namun, keluarga ialah aset yang paling berharga dan menerima kita kembali walaupn selama ini kita mengendahkan mereka. Jadi, Wahai pembaca blog ini, belajarlah dari perkara yang terjadi, beringatlah sebelum keterlaluan.

( akan Bersambung )

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Persendirian Ricky Hyn Dae