Saturday, November 5, 2011

Antara Keluarga, Cinta Dan Wang ( Bahagian 1 )

Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia terdiri daripada Ibu, bapa, kakak, abang, dan adik. Saya pasti, jika kurang seorang daripada ahli keluarga itu pastinya wujud perasaan janggal. Pada hemat hyndae sebagai seorang anak, semenjak dari dilahirkan lagi kita dijaga, dibelai, disayangi dan dimanjakan oleh kedua-dua ibubapa kita. Namun, hyndae sedikit kecewa apabila melihat, mendengar, dan menonton drama, kisah benar, dan pengakuan yang dibuat di kaca-kaca televisyen mengenai wujudnya "Anak Derhaka" dalam kehidupan kita yang semakin moden. Mungkin telah wujud "Si tanggang Moden" agaknya...hahaha Hyndae rasa ketika kita berada di sekolah rendah dulu memang ada Cikgu-cikgu yang menceritakan kepada kita tentang kisah "si tanggang". Kisah "si tanggang" yang tidak mahu mengakui kedua-dua ibubapa nya oleh sebab kemiskinan  orang tuanya itu. Namun, harus diingat setiap perkara buruk yang kita lakukan pasti juga akan dibalas buruk.

Sejak kita kecil lagi kita telah dididik, diasuh dan dijaga oleh ibubapa di rumah dan guru di sekolah agar menghargai jasa ibubapa serta membalas jasa mereka apabila kita dewasa kelak. Pada masa itu ,pasti ada di antara kita yang mengidamkan kehidupan yang mewah dan bahagia apabila mencapai umur dewasa. Daipada itu kita mula berazam untuk mengubah hala tuju dan masa depan hidup kita. Biasalah, idaman kita untuk memiliki rumah yang besar, kereta yang besar,dan mempunyai pekerjaan yang kita impikan. Namun, adakah kita berazam untuk menjaga ibubapa, membawa perubahan dalam kehidupan ibubapa kita??..pasti ada yang menjawab, "Ada"..kalau ada tu bagus lah, kalau yang tidak pernah berfikir begitu, jadi fikir-fikirkan lah ya.

Setelah kita belajar dan memperolehi kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini, bermakna separuh daripada kejayaan dalam hidup kita. Namun harus diingat kejayaan bukan hanya dicapai apabila kita memperoleh pekerjaan yang diingini. Kejayaan datangnya apabila kita berjaya mengatasi segala masalah dalam kehidupan kita dengan penuh kesabaran sepanjang kehidupan kita. Setelah memperolehi pekerjaan, tiba pula masanya kita perlu merantau dan mencari pengalaman serta berjauhan daripada keluarga yang selama ini hidup bersama kita. Mungkin ada dalam kalangan kita yang menyukai hidup berdikari dan menganggap ianya sebagai satu cabaran yang baru dalam kehidupan kita. Tak kurang juga ada dalam kalangan kita yang berasa sukar untuk berjauhan daripada keluarga.Namun, segalanya harus ditempuhi dengan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa yang kental demi mencapai satu erti kehidupan yang sebenar. Sebuah dunia yang baru akan dijalani oleh semua kita.

( akan bersambung ) :D

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Persendirian Ricky Hyn Dae