Saturday, November 5, 2011

Antara Keluarga, Cinta dan Wang ( Bahagian 2 )

Memasuki Zon "CINTA". Zon ini merupakan zon yang penuh dengan suka duka dalam kehidupan kita. Ada dalam kalangan kita yang memasuki zon ini lebih awal daripada rakan-rakan yang lain. Zon ini memerlukan pengorbanan yang besar bagi setiap insan yang bercinta. Bercakap melalui Drama, kisah benar, dan pengakuan orang sekeliling hyndae, hyndae dapat rasakan kesusahan dan kepayahan mempertahankan cinta yang harus dibina dengan rantaian perasaan percaya, sayang, kasih, suka dan duka. Memang hyndae belum pernah bercinta, namun melalui pengalaman mereka, hyndae dapat rasakan ertinya cinta itu.

Demi cinta, segalanya perlu dikorbankan. berkorban masa, berkorban wang, berkorban keluarga, berkorban tenaga, berkorban apa saja. Boleh dikatakan dunia milik pasangan itu sahaja. Kerana cinta, ada yang sanggup meninggalkan keluaga. Kerana cinta ada yang meninggalkan rakan-rakan. Kerana cinta ada yang sanggup berhabis wang ringgit. Namun, tidak kurang juga ada ibubapa yang memaksa anak-anak mereka berkahwin kerana wang dan bukannya kerana cinta. Anak menjadi pertaruhan ibubapa untuk mendapatkan kekayaan duniawi yang sementara ini. Selepas beberapa tahun, ada pasangan yang bercerai. Hai ini berlaku disebabkan Cinta yang tidak cukup kuat untuk mengukuhkan Mahligai yang ingin dibina. Seperti mana sebuah bangunan yang ingin dibina. Bangunan ini memerlukan sokongan bahan-bahan yang mencukupi untuk mengukuhkan binaan tersebut. Tanpa bahan yang mencukupi, pasti ketrguhan bangunan tersebut akan tidak bertahan lama.

Tidak salah kita berkorban demi cinta namun biarlah pengorbanan itu benar-benar ikhlas dan lahir dari dalam diri individu itu sendiri. Jangan pula, setelah berkorban bertahun-tahun demi cinta. Namun akhirnya musnah dan punah segala yang terbina selama ini. Mungkin pada masa itu akan wujud perasaan menyesal dalam diri si pencinta. Pasti dialog ini akan muncul dalam jiwa mereka "menyesal aku mengenali dirinya" atau "lebih baik aku korbankan diriku untuk sesuatu yang lebih berharga".. Seperti biasa penyesalan tidak pernah hadir awal,. penyesalan akan hadir di penghujung dan di saat kita berasa menyesal serta tersedar daripada kebodohan diri selama ini. Pada saat inilah, keluarga dan rakan-rakan akan mula dihampiri dan menginginkan perhatian daripada mereka. Namun, keluarga ialah aset yang paling berharga dan menerima kita kembali walaupn selama ini kita mengendahkan mereka. Jadi, Wahai pembaca blog ini, belajarlah dari perkara yang terjadi, beringatlah sebelum keterlaluan.

( akan Bersambung )

Antara Keluarga, Cinta Dan Wang ( Bahagian 1 )

Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia terdiri daripada Ibu, bapa, kakak, abang, dan adik. Saya pasti, jika kurang seorang daripada ahli keluarga itu pastinya wujud perasaan janggal. Pada hemat hyndae sebagai seorang anak, semenjak dari dilahirkan lagi kita dijaga, dibelai, disayangi dan dimanjakan oleh kedua-dua ibubapa kita. Namun, hyndae sedikit kecewa apabila melihat, mendengar, dan menonton drama, kisah benar, dan pengakuan yang dibuat di kaca-kaca televisyen mengenai wujudnya "Anak Derhaka" dalam kehidupan kita yang semakin moden. Mungkin telah wujud "Si tanggang Moden" agaknya...hahaha Hyndae rasa ketika kita berada di sekolah rendah dulu memang ada Cikgu-cikgu yang menceritakan kepada kita tentang kisah "si tanggang". Kisah "si tanggang" yang tidak mahu mengakui kedua-dua ibubapa nya oleh sebab kemiskinan  orang tuanya itu. Namun, harus diingat setiap perkara buruk yang kita lakukan pasti juga akan dibalas buruk.

Sejak kita kecil lagi kita telah dididik, diasuh dan dijaga oleh ibubapa di rumah dan guru di sekolah agar menghargai jasa ibubapa serta membalas jasa mereka apabila kita dewasa kelak. Pada masa itu ,pasti ada di antara kita yang mengidamkan kehidupan yang mewah dan bahagia apabila mencapai umur dewasa. Daipada itu kita mula berazam untuk mengubah hala tuju dan masa depan hidup kita. Biasalah, idaman kita untuk memiliki rumah yang besar, kereta yang besar,dan mempunyai pekerjaan yang kita impikan. Namun, adakah kita berazam untuk menjaga ibubapa, membawa perubahan dalam kehidupan ibubapa kita??..pasti ada yang menjawab, "Ada"..kalau ada tu bagus lah, kalau yang tidak pernah berfikir begitu, jadi fikir-fikirkan lah ya.

Setelah kita belajar dan memperolehi kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini, bermakna separuh daripada kejayaan dalam hidup kita. Namun harus diingat kejayaan bukan hanya dicapai apabila kita memperoleh pekerjaan yang diingini. Kejayaan datangnya apabila kita berjaya mengatasi segala masalah dalam kehidupan kita dengan penuh kesabaran sepanjang kehidupan kita. Setelah memperolehi pekerjaan, tiba pula masanya kita perlu merantau dan mencari pengalaman serta berjauhan daripada keluarga yang selama ini hidup bersama kita. Mungkin ada dalam kalangan kita yang menyukai hidup berdikari dan menganggap ianya sebagai satu cabaran yang baru dalam kehidupan kita. Tak kurang juga ada dalam kalangan kita yang berasa sukar untuk berjauhan daripada keluarga.Namun, segalanya harus ditempuhi dengan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa yang kental demi mencapai satu erti kehidupan yang sebenar. Sebuah dunia yang baru akan dijalani oleh semua kita.

( akan bersambung ) :D

Friday, November 4, 2011

Debaran Anugerah Industri Muzik 2011

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 18 2011
STADIUM PUTRA BUKIT JALIL
SABTU, 12 NOVEMBER 2011
9.00 MALAM ( SECARA LANGSUNG DI SALURAN ASTRO RIA 104 )

AIM 18






SENARAI PENCALONAN

ARTIS BARU TERBAIK
  1. James Baum
  2. Kyoto Protocol
  3. Najwa
  4. Project Pistol
  5. Reza Salleh

Projek Pistol tercalon dalam kategori Album Baru Terbaik



PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI)
  1. Anuar Zain – Sedetik Lebih
  2. Azlan & The Typewriter- Jeritan Batinku
  3. Black – Sofea Jane
  4. Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure
  5. Tam Spider – Kitasatu

Anuar Zain yang mempunyai Vokal Mantap tercalon dalam 
Kategori Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu ( Lelaki) melalui lagu "Sedetik Lebih"
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA)
  1. Anita Sarawak – Asmara
  2. Jaclyn Victor – Noel
  3. Najwa – How Long Must I Wait
  4. Yuna – Penakut
  5. Yuna – Gelora Jiwa
YUNA tercalon dalam kategori persembahan vokal terbaik dalam lagu ( Wanita ) - menerusi lagu "Penakut" dan "Gelora Jiwa".





PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU
  1. Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah – Beribu Sesalan
  2. A.P.I – Pelita
  3. Caipifruta – Menceceh Bujang Lapok
  4. Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
  5. Inteam – Salamun Salam 2
KULIT ALBUM TERBAIK – Pereka
  1. Kasi Gegar Entertainment – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
  2. Aidi Idham – Lonely Soldier Boy (Hujan)
  3. Subky Hj Bebit & Hafiz Mohtar – Bumi Akhir Usia (Mirwana)
  4. Martojaks – Cherry Blossom Love (Pop Shuvit)
  5. Zel Atif – Decorate (Yuna)
RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Jururakam
  1. Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
  2. Adam Sofian – Indah (Atilia)
  3. Ully Muhammad – Lonely Soldier Boy (Hujan)
  4. Audi Mok- Dewa (Ning Baizura)
  5. Keith Yong – Realize (Reza Salleh)
VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah
  1. Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)
  2. DJ CZA – Kotarayaku (Altimet feat Noh Hujan)
  3. Yusry KRU – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  4. Tan Chee Meng- Karma (Faizal Tahir)
  5. Ahmad Farish – Inspektor Remos (Hujan)
LAGU POP ETNIK TERBAIK
  1. Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati
  2. Amirah Ali – Katakanlah
  3. Castury feat Ayati Tasrip – Santun Berpesan
  4. Mawi & Akhil Hayy – Hambamu
  5. Zalee Redang – Falsafah Laksamana
LAGU NASYID TERBAIK
  1. Devotees – Hadirnya Cahaya S.A.W
  2. Nazrey Johani – Permata Hati
  3. Nora feat VOU – Pedoman
  4. Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart – Bebas Palestin
  5. Saujana- Pahlawan Gaza
LAGU ROCK TERBAIK
  1. Pelita – A.P.I
  2. Ekstravaganza – Bunkface
  3. Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama
  4. Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol
  5. Kitasatu – Spider
LAGU POP TERBAIK
  1. Beribu Sesalan – 3 Suara
  2. Sungai Lui – Aizat Amdan
  3. Sedetik Lebih – Anuar Zain
  4. Dengarkanlah – Sheila Majid

Aizat turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik

LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK

  1. Years From Now – Aizat Amdan
  2. Innocent Soul – Najwa
  3. Got To Go – Najwa
  4. What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure – Reza Salleh
  5. Stracciatella – Reza Salleh
LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA
  1. Insha Allah – Maher Zain
  2. Indahnya CInta – Nidji
  3. Sahabat Selamanya – Padi
  4. Ku Menunggu – Rossa
  5. Bunga Mimpi – Sandhy Sondoro
SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU – Penggubah
  1. Helen Yap – Asmara (Anita Sarawak)
  2. Edry KRU – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  3. AG – Jeritan Batinku (Azlan & The Typewriter)
  4. Syed Shahir Faisal – Jeritan Batinku (Sheila Majid)
  5. Jenny Chin – Ku Mohon (Sheila Majid)
ALBUM TERBAIK
  1. 3 Suara – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
  2. Urusan Aizat Amdan – Aizat Amdan
  3. Sayang & Cahaya – Dayang Nurfaizah
  4. Dewa – Ning Baizura
  5. The MPO Celebrates 25 Years of Sheila Majid – Sheila Majid


3 Suara - Gandingan mantap Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah turut tercalon dalam kategori
Album Terbaik


Wah,..Hebatnya pencalonan tahun ini..nantikan acara kemuncak AIM 2011 12 November 2011..
Jangan Lupa tengok ye. :D  di Astro Ria (saluran 104)
Rasa tak sabar nak tengok kan??..hehe

Thursday, November 3, 2011

Amalan Tolong-Menolong



Amalan tolong-menolong antara satu sama lain amat penting terutamanya dalam proses pembentukkan budaya masyarakat Malaysia yang penyayang. Berdasarkan gambar di atas, kita dapat merasakan bahawa satu ikatan yang utuh apabila kita bergandingan tangan dalam menghadapi cabaran dan menempuh masa depan.

Budaya tolong-menolong perlu diteruskan tidak kira di mana kita berada sama ada di suatu kawasan perumahan , kampung, sekolah, tempat kerja dan di mana jua.. tanpa tolong-menolong antara satu sama lain, segala perkara akan sukar dilakukan.

Pernahkah anda memberi pertolongan kepada rakan-rakan??..

Jika pernah, teruskan..kepada yang belum, jangan lupa amalkan. :D

Tetapi, kadang-kadang kita sukar memberi pertolongan kepada orang lain dek kerana takut orang lain tidak akan memberi kita pertolongan kelak. Boleh dikatakan, pertolongan kita itu tidak ikhlas..


Sumber : nadidhatikering.blogspot.com

Apabila kita menolong seseorang, kita perlulah ikhlas untuk menolong tanpa berharap akan balasan yang diterima kerana kita perlu ingat bahawa walau sekejam mana pun seseorang itu, ia tetap manusia sama seperti kita. Tidak perlulah kita hendak menilai dan menghakimi seseorang, apa yang penting niat dalam hati untuk menolong, jadi kita tolong.



Sebagai rakyat Malaysia kaya dengan adat dan tradisi, kita mestilah terus memberikan sifat-sifat murni kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, budaya, warna kulit, bahasa dan personaliti seseorang.

Ingatlah, orang yang memberi lebih berkat daripada orang yang menerima.

Akhir kata, Amalkan Sifat yang baik, Kita pasti akan mendapat sesuatu yang baik!.

Datuk Lee Chong Wei Juara lagi!!

TAHNIAH!!.. Sekali lagi Datuk Lee Chong Wei Berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai satu lagi siri super terbuka Perancis 2011.



Jaguh badminton nombor satu negara dan juga merupakan pemain badminton nombor satu di dunia berjaya mengenepikan saingan pemain Jepun, yakni Kenichi Tago. Dalam pelawanan dua set itu, Datuk Lee Chong menang 21-16, 21-11. 


Sebelum ke pelawanan akhir, Datuk Lee Chong Wei menghadapi cabaran sukar di peringkat separuh akhir menentang pemain China, Chen Long, yang juga merupakan Juara terbuka Jepun dan Juara terbuka denmark minggu lalu. Hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk menbalas dendam kekalahan tercapai apabila menang 23-21,17-21,21-15 ke atas pemain China itu. Pelawanan tiga set 1 jam 17 minit itu sangat mendebarkan dan kita bersyukur keran Datuk Lee Chong Wei masih boleh bangkit menewaskan pemain China yang sedang meningkat naik itu. 



Semoga Datuk Lee Chong Wei akan terus menyinar di persada antarabangsa sekali gus dapat meraih sebutir pingat emas di Sukan Olimpik London 2012.

Sukan Maju, Negara Terbilang!

Perumpamaan daripada perkataan Kacang

Herm..,,bercakap hal kacang ni, mesti ramai yang mengenali kacang kan??..alah, kacang yang selalu di makan masa lapang tu...hehe ok,. sebenarnya hyndae nak bercakap soalan "kacang" dalam kehidupan kita...



Pernahkah tak dengar rakan-rakan sekelas, sepejabat anda sebut perkataan "kacang" ni....ye lah, apabila buat sesuatu kerja yang mudah bagi mereka, mesti mereka akan sebut "kacang je"..hehe boleh dikatakan kacang yang saya maksudkan ini sama dengan "senang"...Faham ke?...haha

Memang ada benda yang "kacang" bagi kita tetapi bukan semua orang yang boleh kata sesuatu benda tu "kacang" atau Tidak....

"kacang" ke tidak itu tak penting yang penting kita perlu berani mencuba sesuatu yang kita rasakan susah untuk kita lakukan.

Biarlah menjadi "kacang" kerja yang kita buat itu ye..

baiklah, itu saja buat masa sekarang..., nanti kita sambung lagi dengan cerita lain pulak...
:D

Penukaran URL...

Hai..hyndae hanya nak maklum kan...yg hyndae dah tukar url yg bru... herm...nie url tu http://thehyndae.blogspot.com/ ..bukan apa, hyndae masih mcari identiti yg sebenarnya blog hyndae,,,...ok...samapai sini saje...kalau ada masa, jengeuk2 la blog hyndae ok.. :D keep in touch!..
Hak Milik Persendirian Ricky Hyn Dae